Saturday, 19 April 2014

Ditemukan Injil Asli di Turki





Assalamualaikum sobat blogger,alhdmulillah bisa update lagi.Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Belum lama ini, pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli Barnabas, salah satu murid pertama Yesus (Isa Almasih).
Hal yang tentu saja mengejutkan banyak pihak, termasuk kubu Vatikan itu sendiri.Sebagaimana diberitakan oleh DailyMail, basijpress dan NationalTurk, bahwa Injil Barnabas asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi oleh pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun, dan baru sekarang di beberkan ke publik.Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram, bahasa yang sama seperti bahasa yang umum dipakai pada masa Yesus Isa Almasih.

Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah Injil Barnabas orisinal.Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa YESUS TIDAK PERNAH DI SALIB, dan terdapatnya ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi Akhir Jaman, Muhammmad SAW.

Pengakuan itu terdapat pada bab 41 dari Kitab Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya :"Allah telah menyembunyikan diriNya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis "La Ela ELA Allah, Mohamad Rasul Allah"Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.

Pihak Iran lewat Basij Press menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi oleh sinis dari berbagai pihak.

Bahkan pihak Kristen lewat berbagai jamaatnya menyatakan bahwa Kitab Barnabas tersebut diragukan keotentikannya.
Namun walau begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.

Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh Dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Islam

Wallahu a'lam bish-shawab ...
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah ..

Sunday, 13 April 2014

Gooyanggg!!! Hudud usah di politikan

Jamil Khir lambung PAS sambut, Siapa yang gabra?


Tempoh hari, Jamil Khir berkata supaya jika PAS mahu jalankan hudud, kerajaan persekutuan tidak menghalanag. Kenyataan itu telah disambut oleh MB Kelantan:

Kenyataan Media

Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob,
Menteri Besar Kelantan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :

1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.

2. Kerajaan Kelanan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.

4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakman Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.


Sekian, salam hormat.

(Ustaz Dato Ahmad bin Yakob)
Menteri Besar Kelantan.

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M

------------------------------

Ianya kelihatan seperti PAS serius tapi disebaliknya PAS mahu pulang balik tanggungjawab itu kepada kerajaan Pusat melalui cadangan pindaan undang-undang. Macam tak mahu ambik tanggungjawab saje ...

Hal ini dijawab balik oleh Che Alwi ADUN Ketereh:

Friday, 11 April 2014

ROGOL DAN CABUL BUDAYA KITA?


SEBUAH kisah benar yang penuh tragis dan menyayat hati. Abang mereka hanya menonton adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan mata kepala mereka sendiri.

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin segar pantai, sebuah keluarga besar telah pergi berkelah di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya dan kukuh ekonomi mereka. Ada taukeh balak, ada taukeh minyak, ada taukeh minyak sawit, ada taukeh ladang sawit dan getah, ada taukeh kuari, ada taukeh kontrak, ada taukeh bank dan sebagainya. Namun tidak mungkin dalam satu bakul buah itu semuanya elok, pasti ada juga yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Borneo Utara. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin ini semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Suatu hari, semasa keluarga ini seronok berkelah, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam di hadapan khemah abang-abang yang kaya raya ini.

Pencabulan si adik dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau terhadap kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah hanya mampu memandang dengan kesayuan, tetapi si abang-abang pula melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu, salah seorang adik lelaki mereka pula telah dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang hampir lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru kerana ombak besar itu berbahaya.

Akhirnya, saat adik perempuan mereka dicabul dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu dan adik lelaki pula hampir kelemasan dibawa arus ke tengah lautan; mereka telah duduk berbincang sambil menikmati makanan yang mewah dan minuman yang lazat.

Kata abang sulung yang paling kaya dan mempengerusikan persidangan itu, “tajuk persidangan kita ialah cara-cara menyelamatkan adik perempuan kita yang sedang dicabul untuk rogol dan adik lelaki yang hampir kelemasan.”

Adik-adik yang lebih muda dengan penuh semangat hendak terus bergelut dengan pendatang-pendatang haram tersebut tanpa menghiraukan keselamatan mereka semata-mata untuk menyelamatkan adik mereka daripada terus dicabul secara bergilir-gilir oleh kumpulan pendatang haram berkenaan; serta seorang lagi adik mereka yang tercungap-cungap menggapai tangan yang dibawa arus ke tengah lautan.

Tetapi dengan pantas salah seorang abang berkata, “Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba hormat sedikit orang tua. Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi.”

Akhirnya abang-abang yang kaya raya berjumpa dengan Ketua Pendatang Haram berkenaan seraya berkata, ”Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan cabul dan niat mahu rogol dulu. Kita buat Gencatan Nafsu.”

Maka merekapun berbincang, namun pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berlaku sambil ditonton oleh adik beradik yang lain.

Dalam masa yang sama, seorang daripada mereka cuba mendapatkan bot penyelamat dan pelampung untuk menyelamatkan adik mereka yang sudah nyawa-nyawa ikan tetapi segera dihalang oleh abang-abang yang lain.

“Hoi… pengkhianat!” getus hati si adik yang tidak berpuas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya, adik-adik berdarah muda telah diketepikan daripada korum perbincangan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda dikenakan hukuman menurut ‘Akta Ikut Suka Aku’; dikembiri dan dirosakkan khemah mereka dan pelbagai hukuman yang zalim. Manakala adik-adik perempuan muda pula digertak dan ditakut-takutkan akan hilang keperawanan dan kehormatan mereka.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat tergempar sekali lagi. Kali ini mereka agak sepakat membuat resolusi iaitu, “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul kehormatan adik perempuan kami. Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang sepanduk di sepanjang pantai tersebut dengan harapan ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka terus dicabul dan pakaian adik perempuan mereka sudah habis direnggut sehingga bertelanjang bulat. Adik beradik tadi hanya menonton drama cabul mencabul dari dekat setelah mengadakan mesyuarat tergempar tadi.

Adik lelaki mereka yang tergapai di tengah lautan sudah hampir nazak kerana kelemasan di tengah lautan, hanya menunggu malaikat muat datang menjalankan tugas. Lalu diangkat lagi sepanduk baru, “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang akan datang membantu.

Bila melihat sepanduk itu tidak berkesan, mereka bermesyuarat lagi dan mengeluarkan sepanduk baru yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan mereka sudah mula dirogol secara bergilir-gilir oleh kumpulan pendatang haram dan adik lelaki sudah ditelan gelombang. Adik beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan sepanduk dengan susunan ayat yang lebih menarik.

Inilah kisah tragis keluarga besar di Borneo Utara.

Ketahuilah bahawa Adik Perempuan itu bernama Sabah;

Adik Lelaki yang lemas itu bernama Sarawak;

Abang-abang itu Raja-raja Melayu dan Yang Di Pertuan Negeri;

Adik-adik yang senyap itu Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, pihak berkuasa serta ahli parlimen dan adun-adun yang tidak berani buka mulut;

Adik beradik yang berdarah muda itu pemimpin NGO dan pemimpin politik pembangkang;

Pendatang haram pula pendatang asing tanpa izin yang mendapat kerakyatan songsang dengan izin pemimpin yang menjadi ‘petualang’ Negara.

Bapa yang mati dibunuh itu ’20 Perkara’ yang menunjang demokrasi, keadilan dan Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat itu pula ialah Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara dan Dewan Parlimen.


Saturday, 29 March 2014

"Yaaaaa Tarik dia join sama kita....!!!"

Hari ini KS terkejut apabila terjumpa satu kenyataan yang dikeluarkan oleh anak muda yang telah jauh tersesat.rupanya budak ni tak insaf-insaf.

Kenyataan kali ini betul-betul memcabar Institusi Kesultanan!!!

Dimana Pas didalam menjawab isu ini???
mana..mana..mana? Sembang menyalak serah je pada mereka hakikatnya auta dan temberang menggunung.


Dulu Pas dengan garang dan gagah berkata akan mempertahankan Institusi Kesultanan!!! mana perginya garang, mana pergi taring ?adakah mereka ni sekadar buat gempak atau di suruh atau jadi suruhan ?

Kenapa KS marah sangat???
KS marah dah sampai tahab gaban ni!!!


Baca kenyataan dibawah ini.........

KS baca pun hati panas membara,KS rasa bukan saja KS yang panas hati malah sesiapa yang tengok pun silap gaya asah parang ajak turun perang.

Bagaimana dengan Hati anda semua???



Apa pun secara peribadi KS dapat rasakan Khalid Syiah ini dipergunakan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan ketidakpercayaan rakyat terhadap Sultan.Perancangan rapi telah di aturkan untuk menimbulkan ketegangan. Apa perasan dan perasaan  puak juak pas ni bukan ke Islam adalah agama suci Allah SWT, manakala PAS hanyalah parti politik ciptaan manusia itu sendiri. Pasti wujud perbedaan yang amat jauh antara PAS dan Islam. PAS sama sahaja dengan parti yang lain, baik UMNO, DAP atau PKR.

Matlamat sebuah parti di Malaysia ini hanya satu iaitu untuk menang setiap kali PRU.Kalau benar hari ini PAS masih konsisiten untuk wujudkan negara Islam, apakah mereka mempunyai kemampuan selagi bernaung di bawah DAP anti Islam?

Apapun PAS harus menjawab kenyataan ini!!!






Friday, 21 March 2014

muafakat kajang!!!

KS menyeru rakyat kajang berganding bahu memupuk serta mengekalkan semangat perpaduan bagi mengukuhkan keamanan di negara ini.

keamanan perlulah dalam sesebuah masyarakat yang hidup di negara yang aman makmur dan muhibah.selaras dengan semangat 1Malaysia yang diaspirasikan Datuk Seri Najib  Razak, setiap rakyat perlu mendukung aspirasi yang dilaungkan perdana menteri.

Walaupun rakyat masing-masing menghadapi masalah,tapi boleh hidup aman damai dengan semangat perpaduan.   Kestabilan negara sebabkan dengan wujudnya persefaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.   Jadi sama-samalah kita kekalkan dan hargai keutuhan ini demi masa depan anak-anak kita.

Dalam pada itu,  sekali lagi KS menyeru agar rakyat kajang memberikan sokongan padu kepada calon yang bertanding pada pilihan raya kecil N25  pada 23 mac 2014 nanti ,
bagi meneruskan kesinambungan perjuangan pembangunan negeri. Bantulah kerajaan demi masa hadapan anak-anak kita, tak kiralah siapa calon yang bertanding asalkan di bawah Barisan Nasional.....



Wednesday, 19 March 2014

kantoi punya pasal kempen pun merapu.!!!

seminggu sudah berkempen yang dijalankan, Wan Azizah sebagai calon pengganti kepada suaminya si kaki peliwat , KS dapat memberi comments bahawa  Wan Azizah hanya mampu merayu simpati dan belas kesian dari pengundi Kajang untuk menyokong dan mengundinya dengan mengulang cerita malang yang menimpa kepada suami dan keluarganya.. memang lah agak sedih wow...kalau dengar lah tapi itu wayang je sebenarnya .


Yang best tu dari dulu sehingga kini  Wan Azizah  pandai bercakap tentang keadilan..malangnya keadilan itu bukan keadilan untuk rakyat ,tetapi untuk suami dan keluarganya.. Tidak ada satu cerita pun mengenai keadilan untuk rakyat Kajang khususnya dan Selangor amnya...menyalahkan kerajaan puak mereka lah No.1

Erk..erk..erk........
Sangat-sangat kesian bila Wan Azizah sampai hilang modal aura politiknya pada masa berkempen.apa lagi  kena wan azizah lah keluarkan politik sandiwara semasanya sebangai modal..erk..erk...erk..sampai nak kena cakap pasal bagaimana Kapten Zaharie nak claim insurannya didalam ceramahnya..

KS nak tanya ni..........erk....erk.....erk....!!!

Dalam MH370 tu cuma ada Kapten Zaharie seorang je ke??

 Tu lah .....Dulu sibuk kata tidak kenali Kapten Zaharie..tapi bila dah kantoi menipu tentang hubungan keluarganya dengan Kapten Zaharie..Sekarang ni nak jaja pula kisah hidup Kapten Zaharie..Agak-agak la nak politikkan kisah MH370..
Cari la bahan lain baru kira power aura politik tuuu...,Dah tua pun bohoh!!!!



apa sudah jadi !!!! Best punya makian


Dia punya nasib sangat malang d..Semalam emak kena maki dengan peniaga gerai berasal dari Bandar Perda, Permatang Pauh yang menumpang berniaga di gerai di Sungai Kantan..


Hari ini si anak pula kena maki dengan makcik gerai yang berniaga di Taman Mesra, Kajang. Memang patut pun kena maki, makcik itu dah berniaga mencari rezeki sudah 11 tahun di Selangor, tapi bila PR memerintah Selangor, gerainya diroboh oleh tanpa sebarang pembelaan..

Kesian sunghuh mereka ni.. kan?



Ke Sana sini kena cemohan dan makian dengan penduduk dan peniaga di kawasan Kajang.

Apa yang difahamkan sejak PR memerintah Selangor, banyak
gerai Melayu yang kena roboh hanya untuk menjaga kepentingan politik mereka.Bila tiba musim pilihanraya barulah sibuk nak masuk gerai gerai peniaga Melayu tagih undi dan simpati.. janji iti dan jinji ini, kalau boleh bulan dan bintang nak di serahkan pada rakyat.Sampai ada satu ayat ''Apa punya haramjadah" keluarlah dari mulut peniaga disitu kerana terlampau kecewa.. rasanya insiden-insiden sebegini sudah cukup membuktikan kelemahan pemimpin PR dan Kerajaan PR yang gagal menjaga kebajikan bangsanya sendiri...

Jika warga Kajang benar2 mahukan wakil rakyat yang mampu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kredibiliti dan intregriti, maka hanya Chew Mei Fun adalah calon yang sesuai berbanding lawannya yang hanya bertindak sebagai proksi dan boneka.